
...Arissa Qayla...
ARISSA QAYLA MALAY TRADITIONAL HERBS, MASSAGE & CONFINEMENT anak syarikat kepada NOR SINGGAHSANA ENTERPRISE, menyediakan perkhidmatan pakej rawatan bersalin, urutan , mandian dan produk kesihatan berasaskan herba warisan turun termurun dari zaman kesultanan melayu terdahulu,
Di asaskan oleh Puan Norsidah Binti Mohd Noh, pada Januari 2007, sepuluh tahun yang lalu. Kami mempunyai kemahiran dan kepakaran dan seluruh staf kami memiliki sijil kemahiran Malaysia tahap 3 dalam Kecantikan, Spa, refleksologi, juruterapi estetik(urutan dan pelansingan badan), Diploma dalam psikologi dan metodologi, serta PhD dalam bidang pemakanan serta warisan perbidanan istana turun temurun.
Fokus kami kepada para ibu yang baru bersalin agar pulih seperti sediakala selepas bersalin agar dapat mengekalkan kecantikan badan, seperti kelansingan, kulit yang halus mulus, kebersihan seluruh tubuh badan, ketenangan minda(psikologi mental& fizikal) dalam menjaga bayinya sihat dan selamat, demi generasi dan aspirasi negara.
Keutamaan kami...
Membantu generasi muda untuk meneruskan legasi warisan dan kemahiran khazanah alam(herba) turun temurun seterusnya memberikan perkhidmatan dan rawatan urutan dan penjagaan kecantikan kepada golongan muda masakini secara moden tetapi masih mengekalkan tradisi lama.
